Disediakan Oleh :
BIL.
|
NAMA
|
NO. MATRIK
|
PROGRAM
|
1
|
NADZARATUL ‘AIN BINTI ROSDIN
|
D20191088577
|
ISMP
MATEMATIK
|
2
|
MASYHURI BINTI JEFRIN
|
D20191089027
|
ISMP
SEJARAH
|
3
|
SITI ZULAIKA BINTI SAHIN@SATIAM
|
D20191089031
|
ISMP
SEJARAH
|
4
|
SITI NORHAFIZA BINTI ABDULLAH
|
D20191089034
|
ISMP
SEJARAH
|
5
|
EDDY AMIRUL BIN RAMLI
|
D20191089038
|
ISMP
SEJARAH
|
6
|
SITI NOOR SYAHIRAH BINTI RAMLI
|
D20191089456
|
ISMP
MULTIMEDIA
|
Pengenalan Pengurusan Murid :
Pengurusan
murid merupakan satu komponen yang amat penting. Hal ini demikian kerana
pengurusan murid yang baik dan teratur akan memberi impak yang besar kepada hal
ehwal murid contohnya daripada aspek disiplin murid, tingkah laku murid dan
kecerdasan murid kognitif, interpersonal dan intrapersonal. Hal ini juga akan
dapat membantu murid berkembang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani
seiring dengan apa yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Oleh itu, suatu perancangan yang strategik dan berstruktur perlu dilakukan meliputi
pengurusan akademik dan bukan akademik.
Assalamualaikum. Satu perkongsian ilmu yang baik di dalam blog ini. Saya tertarik dengan cara-cara untuk memotivasikan murid yang telah dikongsikan di dalam blog ini iaitu memberi kepercayaan kepada murid. Saya ingin memetik kembali nasihat yang diberikan oleh responden yang telah kami temubual semasa menjalankan tinjauan di SMK Sungai Choh, Rawang, Selangor. Beliau adalah Cikgu Kamarulzaman bin Hamzah seorang guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Berdasarkan kepada pengalaman beliau sepanjang mengajar, guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan anak murid. Murid akan mudah untuk dikawal sekiranya guru mengetahui sifat dan sikap mereka. Murid-murid akan berasa dihargai apabila guru senantiasa mengambil berat akan mereka. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk mendekati murid-murid terutamanya murid yang berada di kelas belakang adalah dengan melantik mereka sebagai Pengawas Sukan. Murid-murid ini diberi tanggungjawab untuk menguruskan alatan sukan sekiranya kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilakukan di padang sekolah ataupun penganjuran sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid-murid kelas belakang akan berasa dipercayai oleh guru dan akan cuba untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin. Atas dasar kepercayaan yang diberikan oleh guru ianya dapat memotivasikan murid-murid untuk menjadi lebih baik, menghormati guru, sentiasa menjaga adab dengan guru dan sebagainya. Oleh itu, guru seharusnya memberi kepercayaan kepada murid untuk memotivasikan diri mereka untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
ReplyDelete